NUR NADIAH BINTI ZULKAFLI KOLEJ VOKASIONAL MUAR
Rekaan ini merupakan satu inovasi dalam bidang fesyen lestari yang menampilkan gaun bertemakan orkid merah dengan penggunaan sepenuhnya bahan-bahan kitar semula. Antara bahan yang digunakan ialah pinggan kertas, plastik sampah, spray cat, tali reben, korset terpakai, kad permainan, aluminium foil, dan gam panas. Rekaan ini bukan sahaja menonjolkan kreativiti dalam menghasilkan pakaian, malah menekankan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dengan mengurangkan pembaziran bahan buangan. Elemen fesyen digabungkan bersama nilai estetika flora tropika, menjadikan hasil rekaan ini unik, dramatik, dan penuh simbolik terhadap keindahan serta ketahanan alam semula jadi.