SS1106: FRIES PUCUK MANIS

FATIN ALIAH BINTI JAFRI KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

Penghasilan fries berasaskan pucuk manis masih belum dijumpai dan dipasarkan secara meluas di pasaran seluruh malaysia. Segelintir masyarakat di Malaysia tidak berminat  dengan pucuk manis kerana rasanya yang pahit dan akan membantutkan selera setelah menjamunya. Oleh itu, pengkaji mendapat satu idea bagi memperkenalkan sayuran pucuk manis ini dengan menggabungkannya bersama kentang. Hal ini demikian kerana, snek kentang goreng atau french fries adalah hidangan yang digemari oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia. Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan fries pucuk manis dalam kalangan pelajar KV (ERT) Azizah 2 Svm Kohort 2023. Pengkaji menggunakan kaedah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang terdiri daripada 5 program iaitu Seni Kulinari, Bakeri dan Pastri, Pendidikan Awal Kanak Kanak, Kosmetologi & Seni Reka Fesyen. Data dianalisis menggunakan sistem pengiraan purata min berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa produk fries pucuk manis berjaya dihasilkan dengan baik, dan kajian penerimaan juga mengesahkan bahawa masyarakat menunjukkan respon positif terhadap produk tersebut, dari segi rasa, tekstur, dan kesesuaian produk dalam diet mereka. Dengan ini, objektif untuk menghasilkan fries berasaskan pucuk  manis dan menilai penerimaannya telah tercapai.