Qamelia NurAdeelia Binti Mohd Ghadaffi SK KUALA KUBU BHARU
Produk Inovasi kami ialah aiskrim yang dinamakan “MP ICE BERRY”. “MP ICE BERRY ” adalah singkatan bagi perkataan “Memory Power Ice Berry” yang diproses menggunakan buah mulberry, daun mulberry, madu, minyak zaitun, habbatus sauda dan kismis. Daun mulberry dikenal pasti mengandungi sebatian bioaktif seperti antioksidan serta anti imflamantory yang berpotensi merangsang fungsi daya ingatan. Aiskrim “ MP ICE BEERY” bukan sahaja pemanis mulut tanpa gula tetapi dapat meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif minda melalui bahan semulajadi yang digunakan. Aiskrim harus dimakan sebelum tidur bagi memberi tenaga kepada otak agar otak dapat berfungsi dengan lebih baik pada hari berikutnya. Hal ini kerana, apabila otak mendapat rehat yang cukup ditambah lagi dengan adanya daya kekuatan yang terhasil daripada unsur-unsur seperti madu, minyak zaitun dan habbatus sauda, kekuatan memori otak akan meningkat. Aiskrim ini juga membantu pengaliran darah yang lancar ke sel-sel otak menjadikan otak mendapat cukup oksigen. Oksigen yang cukup dapat membantu sel-sel otak berhubung dengan pantas sekali gus dapat meningkatkan daya ingatan ( IQ) pelajar khususnya. Umum sedia maklum bahawa minyak zaitun dapat meningkatkan fungsi kognitif otak dan menghindar penyakit Alzheimir . Di samping mulberry, habbatus sauda merupakan herba yang sangat baik untuk kesihatan otak dimana daya ingatan akan menjadi lebih kuat.Madu dapat membantu kesihatan otak agar kekal cerdas seterusnya dapat menguatkan daya ingatan. Kismis pula dapat meningkatkan memori bagi mengelakkan faktor mudah lupa.Aiskrim “MP ICE BERRY” sedia untuk dimakan oleh semua peringkat umur dengan rasa yang sedap dan unik.