YS1625: FASTERLIZER

ASYRAF NAJMI BIN NAZRI SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0909 | 1 Likes | 11 Views | 2 times | LS: 3.1
Like it? | Support them now!

Inovasi ini memperkenalkan Fasterlizer, sebuah alat bantuan pertanian yang direka khas untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pembajaan di kawasan pertanian secara ergonomik. Fasterlizer dibangunkan sebagai respons kepada masalah kesihatan yang sering dialami oleh para petani, terutamanya sakit tulang belakang akibat kerap membongkok semasa kerja-kerja membaja. Inovasi ini terdiri daripada sebuah alat membaja mudah alih yang dilengkapi dengan sistem penakungan baja, pengeluaran baja secara automatik apabila ditekan yang membolehkan pengguna membaja dalam posisi berdiri. Kajian awal keberkesanan Fasterlizer dijalankan melalui ujian lapangan melibatkan beberapa orang petani kecil, yang menunjukkan penurunan ketara dari segi keletihan fizikal dan peningkatan kecekapan masa membaja. Di samping itu, responden turut melaporkan peningkatan tahap keselesaan dan pengurangan tekanan fizikal pada bahagian belakang. Inovasi ini bukan sahaja berpotensi mengurangkan risiko kecederaan muskuloskeletal dalam kalangan petani, malah juga menyokong pertanian lestari melalui kaedah kerja yang lebih cekap dan mesra tubuh. Fasterlizer membuktikan bahawa teknologi berskala kecil dapat memberikan impak besar dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti petani.