MUHAMMAD ZAFRI RAYYAN BIN SANNUSI Sekolah Rendah Islam I-Musleh
Udara yang bersih adalah komponen penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang sihat dan selesa. Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh murid di dalam kelas iaitu udara yang kurang segar akibat pengudaraan terhad, pencemaran udara luar yang masuk ke dalam kelas dan risiko penyebaran virus dan alahan akibat kualiti udara yang tidak menentu. Malangnya, kebanyakan sekolah tidak mempunyai sistem khusus yang dapat mengenalpasti keadaan persekitaran kelas kekal selamat dan bersih sepanjang masa. Oleh itu, kami memperkenalkan Smart Air Monitor untuk Kelas – satu inovasi yang mengenalpasti tahap kualiti udara di dalam kelas malah di berbagai ruangan tertutup yang lainnya. Projek ini telah memenangi pingat gangsa bagi pertandingan International Innovation Design Expo 2025.