YS1339: ESEN MAKANAN (CEMPAKA KUNING)

AINNUR AFIQAH BINTI MOHD AFANDI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 19 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

Esen merupakan bahan perisa yang digunakan dalam penyediaan makanan terutamanya dalam pembuatan pastri, kek, roti, biskut dan kuih-muih. Ia digunakan secara meluas dalam masakan antarabangsa mahupun masakan tempatan. Di Kolej Vokasional Sungai Petani 2, pelajar tahun akhir Diploma Seni Kulinari dikehendaki menyediakan hidangan pencuci mulut untuk kursus amali Dapur Komersil bertemakan perisa bunga-bungaan. Bagi tujuan tersebut, kajian pasaran telah dibuat dan mendapati terdapat beberapa jenis esen makanan dari perisa bunga-bungaan namun terhad kepada beberapa jenis sahaja seperti esen ros, melur dan kekwa. Bagi memberi kelainan dalam pemilihan perisa, bunga cempaka kuning atau nama botaninya iaitu Michelia champaca Linn. telah dikenal pasti sebagai bunga yang berpotensi untuk dijadikan produk esen makanan yang baru. Esen cempaka merupakan satu produk inovasi yang diperbuat daripada proses penyulingan stim. Ekstrak yang terhasil daripada bunga cempaka kuning sangat kaya dengan antioksida, antiradang dan antimikrob. Ia merupakan aditif makanan semulajadi yang dapat menghasilkan aroma kepada makanan serta mampu memanjangkan tempoh hayat produk. Hasil penggunaan esen cempaka tersebut, telah memberi impak kepada penilaian sensori makanan seterusnya memberi nilai tambah kepada rasa dan aroma masakan tersebut. Penghasilan produk seumpama ini dapat dikomersialkan dan dapat menambah variasi produk hiliran tanaman pokok cempaka kuning serta menjana pendapatan yang lumayan.