YS1467: SLEEST 2.0

AUFA MUNIRAH BINTI ASDIRHYME SBP INTEGRASI JEMPOL

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.2000 | 2 Likes | 10 Views | 6 times | LS: 8.4
Like it? | Support them now!

Pada era globalisasi kini, semakin hari semakin ramai murid dan pekerja yang tidur lewat akibat menyiapkan kerja lewat malam. Kesannya, mereka sering kali tertidur atau mengantuk apabila pembelajaran sedang berlangsung dan ketika mengulang kaji. Perkara ini telah menyebabkan keputusan peperiksaan dan kerja yang dilakukan kurang memuaskan. Oleh itu, kami daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) telah mereka satu produk yang dinamakan ‘SLEEST 2.0’, sebuah akronim bagi ‘SLEEP MIST 2.0’. SLEEST 2.0 mempunyai pelbagai komponen yang mampu membuat individu kurang mengantuk seperti  aroma yang variasi serta perakam bunyi sebagai penggera. Produk ini dapat membantu pelbagai lapisan masyarakat untuk mengekalkan konsistensi dalam melakukan sesuatu kerja. Dengan terciptanya produk ini, masyarakat dapat menguruskan masa dengan cemerlang,berasa lebih bertenaga serta kurang mengantuk apabila melakukan tugas dan disiplin setiap individu menjadi lebih baik.