JS899: DADU PERIBAHASA MYVIEWBOARD

NUR FIRZANAH BINTI MOHAMAD FARIS SEKOLAH RENDAH ISLAM TARBIAH AL-AWLADIAH

Dadu Peribahasa MyVIEWBOARD merupakan permainan bahasa menggunakan perisian MyVIEWBOARD. Permainan ini menggunakan nombor berangkai bermula dengan angka 1 hingga 20. Dalam setiap nombor terdapat satu peribahasa yang perlu dikumpul. Bagi melayakkan pemain berada di kedudukan nombor yang diperoleh pemain perlu menyatakan maksud peribahasa yang diperolah hasil perbincangan dalam kumpulan. Sekiranya pemain mendapat nombor 20 dan berjaya menjawab soalan yang diberikan dikira sebagai pemenang. Hasil pengumpulan beberapa peribahasa akan dimurnikan pada lembaran kerja yang diberikan kepada pemain. Sekiranya terdapat peribahasa yang tidak diperoleh semasa dalam permainan murid perlu berbincang dengan rakan untuk melengkapkan tugasan. Kaedah ini akan menambahkan bilangan peribahasa.