NUR ALIYA BALQIS BINTI MOHD REDZUAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
Penggunaan bahan terpakai dalam pembuatan heardgear merupakan langkah inovatif ke arah kelestarian alam sekitar dan pengurangan sisa buangan. Teknik pembuatan heardgear memanfaatkan botol terpakai yang selalunya dibuang,poliesterin didalam bungkusan mesin yang dipakai buang, bulu ayam berguguran di dalam reban dan lampu raya yang tidak digunakan lagi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa aksesoris yang dihasilkan bukan sahaja mampu mengekalkan fungsi dan ketahanan yang baik, tetapi juga memberi nilai tambah dari aspek kreativiti dan penjimatan kos dalam pembelian aksesori yang mahal. Kajian ini menekankan potensi besar dalam mengurangkan pembaziran serta menggekalkan ekonomi kitar semula melalui penghasilan produk yang berguna daripada bahan buangan.