Ts. AZRI SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Aplikasi penilaian projek tahun akhir pelajar diploma kolej vokasional merupakan sebuah projek rintis yang dibangunkan khusus untuk menangani masalah ketidakefisienan pengurusan penilaian projek tahun akhir pelajar diploma. Secara konvensional, penilaian projek tahun akhir memerlukan para pensyarah mencetak lebih 10 helai borang pemarkahan bagi seorang pelajar di dalam sebuah program. Sekiranya terdapat 30 orang pelajar, pensyarah perlu mencetak sekurang-kurangnya 300 helai kertas borang pemarkahan. Ia merupakan satu pembaziran sumber yang sangat kritikal. Selain itu penggunaan ink pencetak menjadi masalah utama kerana selain menggunakan pencetak, pensyarah perlu menggunakan khidmat Salinan fotokopi dan ia menyebabkan penggunaan masa yang begitu Panjang. Proses penilaian projek pelajar juga turut menjadi lebih lama. Justeru, bagi menangani isu ini, pembangun berusaha untuk mendigitalkan proses penilaian dengan memperkenalkan sebuah aplikasi penilaian secara digital menggunakan perisian Ms. Excell. Dibangunkan menggunakan pendekatan SCAMPER dan BRAINSTORMING, aplikasi ini telh disebarluaskan penggunaannya ke semua 8 program di KV Miri dan beberapa buah kolej vokasional di Sarawak. Tahap kepuasan pengguna menunjukkan aplikasi ini berjaya menyelesaikan masalah utama semua penyelia projek tahun akhir iaitu ketidakefisienan pengurusan penilaian projek tahun akhir.