YS903: LABU SAMBAL KERING

YASMIN NUR SYARAMADHAN BINTI YUFRIZAL KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 21 Views | 53 times | LS: 53.0
Like it? | Support them now!

Labu Sambal Kering diinspirasikan dari labu . Kebiasaanya labu selalu digunakan dalam pelbagai masakan seperti labu masak lemak , cucur labu , pai labu dan sebagainya . Labu inu juga banyak manfaatnya seperti dapat melancarkan pencernaan , memelihara kesihatan jantung , menjaga kesihatan mata dan menjaga kesihatan kulit . Terdapat segelintir masyarakat yang tidak suka akan rasa labu ini , jadi kami menginovasikan labu kepada pencuci mulut untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasanya . Labu ini terdapat beberapa khasiat iaitu tinggi dengan Vitamin A , kaya dengan antioksidan dan dapat mengurangkan risiko terkena kanser . Labu Sambal Kering mengutamakan kepada masyarakat yang tidak gemar akan rasa labu tersebut . Labu Sambal Kering sesuai dimakan bila-bila masa dan senang dibawa kemana-mana . Ia juga sesuai untuk dijadikan makanan segera dan dapat mengenyangkan kerana kaya dengan karbohidrat . Labu Sambal Kering boleh dimakan oleh beberapa peringkat umur bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga warga emas . Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan labu dan memastikan masyarakat boleh menerima keunikan rasa ini . Selain itu , mempelbagaikan kegunaan labu dalam masakan .