YS1090: MULTIPURPOSE EZ SENSOR DUSTER

MUHAMMAD NASRULLAH BIN AZIZI SMK TAMAN RIA JAYA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.1316 | 10 Likes | 76 Views | 48 times | LS: 59.3
Like it? | Support them now!

MULTIPURPOSE EZ SENSOR DUSTER merupakan satu inovasi produk yang direka dengan peranan utamanya adalah untuk mengatasi masalah memegang pemadam papan putih terlalu lama dan mengakibatkan rasa kurang selesa atau lenguh pada tangan pengguna. Direka dengan fungsi automatik iaitu alat penderia sentuh atau sentuh akan mengesan sentuhan dan berfungsi secara automatik apabila dihalakan pada papan putih. Fungsi kedua ialah bahagian span pemadam boleh ditukar kepada kain pengelap juga untuk membersihkan permukaan meja atau mengelap permukaan meja. Fungsi ketiga produk ini ialah mempunyai ruang penyimpanan marker pen di atasnya untuk mengatasi masalah marker pen hilang atau bersepah. Ruang ini juga diletakkan lampu LED untuk kegunaan membantu mencari marker pen dan memadam papan putih dalam tempat yang gelap.