YS1519: LAMPU PENCEGAH PENCEROBOH

MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN ZULKEFLEE SMK ALOR PONGSU

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0909 | 1 Likes | 11 Views | 19 times | LS: 20.1
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah sistem lampu pencegah penceroboh yang pintar dan berkesan menggunakan gabungan teknologi infrared, sensor cahaya, dan potentiometer, Sistem ini mempunyai dua mod operasi yang boleh dilaraskan melalui potentiometer: mod biasa dan mod keselamatan. Dalam mod biasa (security tidak aktif), lampu akan menyala secara automatik apabila persekitaran menjadi gelap dan akan tertutup apabila cahaya mencukupi dikesan. Apabila mod keselamatan diaktifkan, sistem akan memantau kehadiran atau pergerakan menggunakan sensor infrared. Sekiranya terdapat pencerobohan dikesan, sistem akan mencetuskan bunyi amaran melalui buzzer dan menyalakan lampu secara automatik sebagai tindak balas segera. Sistem amaran ini hanya akan dimatikan apabila butang nyahaktif ditekan (butang 1). Inovasi ini bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah berpotensi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kediaman atau premis tertentu.