AFIYAH ZAHYRAH BT MOHD AMRY MRSM JOHOR BAHRU
Produk Light-Up Jewellery box ini dihasilkan dengan bertujuan memudahkan pengguna ketika mencari atau mengambil barang perhiasan mereka ketika gelap. Pengguna mempunyai masalah sukar untuk mencari barang ketika gelap kerana ketiadaan cahaya dari tempat sekeliling. Melalui penyelesaian masalah secara inventif, reka bentuk pembuatan dan reka bentuk elektrik telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan produk Light-Up Jewellery box ini. Reka bentuk ini membolehkan ruangan didalam kotak diterangi dengan cahaya LED (diod pemancar cahaya) yg berwarna-warni . Kotak akan mengeluarkan cahaya ketika dibuka dan cahaya LED akan terpadam ketika kotak ditutup dan tidak digunakan. Video ini juga memuatkan langkah-langkah penghasilan produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan produk ini memenuhi objektif asal penghasilannya.