YS469: Smart-STICK

MUHAMMAD RAFIQ AMANI BIN MOHD IDZWAN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA, REMBAU

Smart-STICK ialah kayu pancang yang diinovasikan bagi mengatasi masalah dari kalangan pelajar ketika menghasilkan aktiviti amali pemancangan yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan tenaga yang banyak. Objektif kajian ini ialah untuk menginovasikan produk yang mudah laras , mudah dibuka dan dipasang serta mudah untuk dikendalikan. Smart-STICK juga didatangkan khas dengan lubang laras dan alatan sampingan iaitu batang kayu bagi menguatkan pemancangan pokok. Bukan itu sahaja, Smart-STICK mudah dibawa kemana sahaja serta menjimatkan masa para pengguna. Diharapkan dengan adanya alat ini ianya dapat memudahkan para pengguna dalam mengendalikan kerja pemancangan.