JS1067: SMART WHITEBOARD

KALAIVANI A/P DARMANRA SJKT TUN SAMBANTHAN , BIDOR

Tujuan kertas konsep ini adalah untuk memperkenalkan projek “Smart Whiteboard” dalam kalangan murid sekolah. Projek ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengurangan penggunaan kertas di dalam bilik darjah ataupun di dalam kawasan sekolah. Projek ini dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Bidor pada bulan April. Seramai 27 murid Tahun 6 Thiruvalluvar terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan projek ini. Melalui projek ini murid diminta untuk mereka cipta Smart Whiteboard dengan menggunakan surat khabar ataupun kertas yang mereka buang dan bahan terpakai mengikut kreativiti masing-masing. Projek ini dijangka dapat mengatasi masalah pembelian mini whiteboard di pasaran kerana harganya yang mahal. Kami mendapati masalah menyebut sifir menjadi satu perkara yang perlu ditangani dengan cara yang mudah. Sebagai latihan pengukuhan, hafalan sifir sahaja tidak mencukupi malahan perlukan latihan menulis sifir dengan cepat amat penting. Penghasilan mini whiteboard memberi ruang kepada kami untuk menyebut dan menulis sifir setiap hari sebagai latihan. Kesimpulannya, kami menghasilkan sendiri Smart Whiteboard dengan menggunakan kertas dan surat khabar lama dengan kos yang paling rendah. Perancangan projek yang sistematik ini dapat memberi ruang untuk membentuk hasil produk yang berguna kepada murid sepanjang PdPc.