YS1589: Minopos

Muhammad Nurfarish Hanif Sekolah Menengah Teknik Terengganu

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 56 times | LS: 56.0
Like it? | Support them now!

Kini, ramai orang yang gemar melakukan aktiviti perkhemahan dan pendakian. Semasa melakukan aktiviti, mungkin sedikit sukar untuk temui kemudahan seperti sumber tenaga elektrik. Hal ini menyukarkan mereka untuk menggunakan peralatan elektrik semasa mendaki mahupun berkhemah ataupun tiada sumber elektrik semasa berlakunya kecemasan. Jadi kami mencipta projek "MINOPOS" untuk membantu penggunaan mengatasi masalah tersebut. "MINOPOS" adalah singkatan bagi (Mini Portable Power Station) atau nama lainnya Beteri Mudah Alih Mini. "MINOPOS" ialah sistem storan berkuasa bateri yang boleh dipercayai yang terdapat dalam pelbagai kapasiti kuasa untuk memenuhi keperluan penggunaan. Dilengkapi dengan banyak saluran keluar seperti AC, DC dan USB, pengguna boleh mengecas semua peranti seperti telefon bimbit, komputer riba, mesin CPAP, pemanas dan banyak lagi. "MINOPOS" ialah sumber kuasa sandaran yang boleh digunakan dan bertahan selama bertahun-tahun tanpa penyelenggaraan. Penjana ini dapat membantu dan membuatkan pengguna tenang sama ada sedang berkhemah, mengembara dalam RV atau mengalami gangguan bekalan elektrik. Jika penjana ini kehabisan beteri semasa melakukan aktiviti tersebut, ia boleh dicas semula dengan menggunakan tenaga solar. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk memenuhi beteri tersebut dan mungkin kurang berfungsi dalam keadaan mendung atau hujan. Manakala ciri yang terakhir yang ada pada "MINOPOS" ialah ia mempunyai lampu berkhemah. Ia merupakan lampu suluh led yang dapat dikawal tahap kecerahannya, ia mempunyai lampu merah dan kelip-kelip. Inilah antara keistimewaan tambahan yang terdapat pada "MINOPOS" semoga dengan adanya alat ini dapat memudahkan para pengguna dari segi masa, kewangan dan tenaga dalam membuat beberapa perkara dalam masa yang sama.