YS1254: HAPPY ANIMAL FAMILY

HEMILTON IXZY BIN HALIX SMK PENRISSEN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 20 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

Permainan "Happy Animal Family" adalah permainan kad yang direka untuk membantu pelajar memahami struktur rangka pelbagai haiwan melalui pendekatan permainan kad yang menyeronokkan. Dalam permainan ini, kad-kad mewakili jenis-jenis rangka seperti rangka dalam, rangka luar, dan rangka hidrostatik, bersama dengan contoh haiwan yang mempunyai setiap jenis rangka tersebut. Objektif permainan adalah untuk mengumpulkan kad dengan memadankan jenis rangka dengan contoh haiwan yang betul, serta menjawab soalan berkaitan dengan fungsi dan ciri-ciri rangka tersebut. Melalui permainan ini, pelajar dapat mengkaji dan memahami perbezaan antara rangka dalam, rangka luar, dan rangka hidrostatik, serta kepentingan masing-masing dalam kehidupan haiwan. Permainan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan adaptasi "Happy Family" kepada “Happy Animal Family” dalam meningkatkan pemahaman pelajar mengenai struktur rangka haiwan dan pengaruhnya terhadap cara pembesaran dan pergerakannya. Permainan ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang jenis-jenis rangka, serta memperbaiki keterlibatan dan minat mereka dalam topik Sokongan bagi Haiwan bab 6 bagi Subjek Sains Tingkatan 4. Kesimpulannya, "Happy Animal Family" merupakan kaedah pengajaran yang berkesan dan interaktif, dengan potensi besar untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran mengenai struktur rangka haiwan dalam kalangan pelajar.