PR854: IDStore (Integrated Data Storage)

HALIZA BINTI AB KARIM POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

IDStore (Integrated Data Storage) dibangunkan sebagai pemudahcara pengurusan sistem fail dan dokumentasi di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) POLISAS. Platform ini membantu operasi dijalankan dengan lebih bersistematik dan cekap dengan cara menyimpan dan memaparkan dokumen-dokumen berkaitan tugasan hakiki dan juga tugasan sampingan semua staf JKA. Melalui pemerhatian dan temubual tidak berstruktur yang dijalankan kepada staf JKA, didapati jabatan memerlukan satu sistem pengurusan fail dan dokumentasi yang cekap seiring dengan keperluan semasa. Pengurusan fail dan dokumen secara konvensional sebelum ini didapati mempunyai kelemahan yang boleh mengganggu proses kerja.Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu platform pemudahcara pengurusan sistem fail dan dokumentasi di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) POLISAS dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan platform yang dibangunkan. Satu platform dalam talian atau lebih dikenali sebagai IDStore dibangunkan dengan matlamat utama untuk meningkatkan pengurusan kerja yang lebih baik. IDStore boleh dicapai di pautan https://sites.google.com/polisas.edu.my/jka-polisas oleh semua pengguna yang memerlukan maklumat berkaitan jabatan. IDStore telah diperkenalkan kepada warga JKA semasa Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Awam bil 1/2024 pada 23 Februari 2024. Semenjak tarikh tersebut, IDStore telah digunakan secara meluas di kalangan warga JKA POLISAS. Sebagai langkah penambahbaikan sistem, soal selidik kajian keberkesanan penggunaan IDStore telah diedarkan bermula Mac 2024. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektif pembangunannya dimana responden bersetuju bahawa sistem ini sangat membantu mereka semasa mengurus dan melaksanakan tugas hakiki dan tugas sampingan di jabatan. Cara ini sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan dan keupayaan kerja agar lebih pantas dan cekap. Pembangunan IDStore ini menyokong kepada pernyataan Nurul Ulfa et al. (2011) bahawa pengurusan rekod adalah lebih cekap, pantas dan dapat memenuhi berbagai fungsi jika menggunakan aplikasi information and communications technology (ICT).