DAMIA QISTINA BINTI MOHD SYAFIQ SK KAMPONG SELAMAT
Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan kertas penunjuk pH mesra alam menggunakan ekstrak kubis ungu dan kertas kitar semula, serta menilai keberkesanannya dalam meningkatkan pemahaman murid Tahun 3 terhadap topik asid dan alkali. Kubis ungu dipilih kerana kandungan antosianin, iaitu pigmen semula jadi yang bertindak balas terhadap perubahan pH, manakala kertas kitar semula digunakan sebagai pendekatan lestari. Kajian melibatkan 30 murid Tahun 3 menggunakan kaedah one group pretest-posttest design. Data diperoleh melalui ujian pra dan pasca, log pengumpulan sampah kertas, dan soal selidik.
Dapatan menunjukkan skor purata ujian pasca meningkat daripada 50% kepada 80%, mencatatkan peningkatan sebanyak 30%, sekali gus membuktikan keberkesanan kertas penunjuk pH ini sebagai alat pembelajaran dalam topik asid dan alkali. Selain itu, kajian turut mendapati pengurangan sebanyak 40% dalam pembuangan sampah kertas mingguan di kelas, dengan 50% kertas buangan berjaya dikitar semula untuk projek ini. Majoriti murid menyatakan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula selepas terlibat dalam projek ini. Kesimpulannya, inovasi ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep asid dan alkali tetapi juga mempromosikan kelestarian alam sekitar melalui amalan kitar semula. Kertas penunjuk pH ini berpotensi menjadi alternatif yang mampan dalam pengajaran sains di peringkat sekolah rendah.