PR1464: KIT IKHTIAR HIDUP

SUHAIFI BIN MD SAAD SK PENYABONG

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 81 times | LS: 81.0
Like it? | Support them now!

Kit ikhtiar hidup merupakan inovasi penyulingan air masin kepada air tawar. Inovasi ini merupakan bahan bantu mengajar bagi Subjek Sains Tahun 5 iaitu Topik Kitar Air Semulajadi yang menerangkan kitaran air dari air laut hinggalah menjadi hujan yang bersifat tawar. Kaedah tradisional yang hanya menggunakan gambar tidak memberikan pemahaman maksimum kepada murid, melalui inovasi ini, murid dapat melihat sendiri bagaimana kitar air tersebut berlaku di hadapan mereka dengan cara paling selamat dan menjimatkan masa. Inovasi ini juga boleh dibawa ketika perkhemahan di kawasan pantai bagi menghasilkan air tawar melalui proses penyulingan air masin melalui pendidihan dan kondensasi dari inovasi tersebut.