PR515: KIT PIZA KA-Bilan : INOVASI GAMIFIKASI DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA ADJEKTIF SEKOLAH RENDAH

SELVI A/P SELVAM SJK (T) KERUH

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 95 times | LS: 95.0
Like it? | Support them now!

Kit Piza KA-Bilan adalah sebuah inovasi yang dibangunkan bagi membantu murid Tahun 4 meningkatkan penguasaan kata adjektif. Akronim KA-Bilan merupakan ringkasan bagi Kata Adjektif–Sembilan iaitu sembilan jenis kata adjektif yang dikaitkan dalam membentuk sebuah kotak piza. Kit Piza KA-Bilan merupakan satu intervensi untuk mengatasi masalah penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Masalah ini timbul kerana murid sering kali keliru dalam menggunakan kata adjektif yang sesuai, kurang memahami fungsi jenis kata adjektif serta kesukaran untuk mengingat sembilan jenis kata adjektif. Set belajar sambil bermain yang mempunyai elemen didik hibur ini memudahkan murid memahami kata adjektif di samping meningkatkan minat murid khususnya murid lemah untuk belajar aspek tatabahasa. Seramai 22 orang murid Tahun 4 iaitu 11 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Keruh, Pengkalan Hulu, Perak terlibat sebagai responden. Kit inovasi ini dibina dalam bentuk piza yang dilengkapi dengan kad bergambar bersama perkataan serta sembilan papan permainan berbentuk piza yang diinspirasi daripada permainan Monopoly. Permainan ini mengandungi latihan kata adjektif berdasarkan empat aras domain pemikiran kognitif Taksonomi Bloom iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi dan menganalisis. Konsep piza digunakan bagi membantu murid mengingati sembilan jenis kata adjektif dengan mudah serta meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam PdP. Inovasi yang berlandaskan teori kecerdasan pelbagai ini dapat mempelbagaikan pengajaran kata adjektif mengikut gaya pembelajaran murid. Keberkesanan kit inovasi ini dinilai secara kuantitatif berdasarkan peningkatan markah murid dalam ujian pra dan pasca. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan markah murid dalam ujian pasca setelah menggunakan kit inovasi kata menggunakan kit inovasi kata adjektif. Pembangunan kit inovasi kata adjektif ini berupaya meningkatkan penguasaan kata adjektif murid sekolah rendah.