SS467: MINI BROODING KIT

MEGAT KAMARUL KHAIR SHAAFIQ BIN KAMARUDDIN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Kunci kejayaan bagi penternakan poltri adalah ketika peringkat perindukan. Makanan, minuman, ruang dan haba adalah elemen penting dalam memastikan tumbesaran yang optimum. Mini Brooding Kit dibangunkan untuk kegunaan skala kecil yang mudah alih, kukuh dan tahan lama. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Produk ini telah diujilari dengan 50 orang pengguna di mana dapatan ujilari menunjukkan bahawa kebolehgunaan Mini Brooding Kit (min= 4.12) dan kemampanan (min=4.05). Justeru, Mini Brooding Kit adalah produk yang terbaik untuk penternakan poltri berkonsepkan Urban Farming yang menggalakkan penggunaan sumber yang mampan.