MARYAM SAFIYAH BINTI HAZRUL SK BUKIT GAMBIR
Permainan “Victory King Game Board” dicipta bagi meningkatkan kemahiran murid dalam topik tambah, tolak, darab, bahagi dan operasi bergabung. “Victory King Game Board” merupakan satu permainan papan yang membolehkan murid lemah meningkatkan kemahiran dalam topik tambah, tolak, darab, bahagi dan operasi bergabung. “Victory King Game Board” dihasilkan berpandukan teori behaviorisme dan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan. Permainan ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran Matematik, terutamanya topik tambah, tolak, darab, bahagi dan operasi bergabung. Permainan ini boleh dijadikan sebuah platform kepada murid untuk menguasai cara penyelesaian operasi asas, iaitu tambah, tolak, darab, bahagi dan operasi bergabung. Permainan “Victory King Game Board” boleh dijadikan sebagai latih tubi. Keperluan latih tubi yang dipraktikkan dalam arus perdana memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kemahiran asas matematik dalam kalangan para pelajar. Dengan adanya permainan “Victory King Game Board”, secara tidak langsung murid-murid dapat bermain sambil belajar. Oleh itu, murid akan mengulang untuk bermain permainan ini tanpa menyedari pembelajaran juga berlaku dalam sesi permainan tersebut.