MUHAMMAD MUAZ BIN JAAZMIY SK SUNGAI SIPUT UTARA
Biodegradable Cat Litter (Bio-CL)
MUHAMMAD MUAZ BIN JAAZMIY
MUHAMMAD HADIF HAKIMI BIN ASAR ZAIM
MUHAMMAD AMSYAR ZAHIN BIN ZULKIFLI
MUHAMMAD HAZIM HAKIMI BIN ASAR ZAIM
MUHAMMAD ADAM ZIQRI BIN ZULKIFLI
MUHAMMAD HAKIM HAKIMI BIN ASAR ZAIM
NUR ARISSA IZZANI BINTI MOHD AZRUL NIZAM
NUR NABIATUL 'AIN BINTI MEGAT MOHD ARIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT UTARA
ABSTRAK
Laporan ini adalah hasil inovasi tema SDG 11 iaitu sustainable cities and communities yang bertujuan untuk meningkatkan efisen pengurusan tinja kucing. Tinjauan literatur mendapati kos membeli pasir kucing membebankan. Kesukaran melupuskan tinja dan pasir kucing telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kekangan masa menyebabkan pemilik kucing sering terlupa untuk membersihkan bekas pasir kucing. Model thinking process telah digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Produk inovasi yang dinamakan sebagai Bio-CL (Biodegradable Cat Litter) adalah kit lengkap pengurusan tinja kucing. Kit ini terdiri daripada pasir kucing dan bekas pasir kucing pakai buang yang mudah terbiodegradasi serta slot bekas berpenggera. Dengan penggunaan Arduino Uno dan sensor pemberat, slot bekas berpenggera berfungsi untuk memberi peringatan supaya pengguna membersih atau menukar bekas pasir kucing yang baharu. Metodologi yang digunakan meliputi pengujian dan analisis data kepuasan pengguna. Hasil kajian menunjukkan Bio-CL dapat mengurangkan kos pembelian pasir kucing, mesra alam, mesra pengguna serta dapat memastikan penukaran bekas pasir kucing tepat pada waktunya. Impak utama Bio-CL adalah kepada keselesaan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan ekonomi. Kajian seterusnya adalah untuk menghasilkan Bio-CL IoT iaitu kit pengurusan tinja kucing dengan slot bekas pasir kucing berpenggera tanpa wayar. Dengan kemajuan IoT(Internet of Things) pengguna dapat memantau dan menguruskan penggunaannya secara pintar. Ia juga mempunyai ciri-ciri seperti pemantauan secara automatik, pengesanan berat, dan aplikasi terhubung.
Kata Kunci: biodegradasi, alat penggera, pelupusan tinja