PR1481: MULTIPURPOSE GLOVE

KHAIRUNNISA BINTI ASMADY KABISA KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 86 times | LS: 86.0
Like it? | Support them now!

Aktiviti membersih dan menyelenggara mesin jahit merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan oleh pelajar Seni Reka Fesyen selepas selesai menjalankan amali menjahit. Hasil daripada pemerhatian, terdapat banyak jarum peniti, jarum jahit tangan dan alat besi lain yang disapu dan dibuang begitu sahaja. Pelajar juga sukar mengutip jarum di bahagian dalam mesin dan sering tercucuk jarum yang dikutip. Selain itu, pelajar hanya menyapu sampah di lantai tetapi tidak mebersihkan habuk di bahagian mesin jahit. Berdasarkan masalah tersebut, Multipurpose Glove telah dihasilkan. Sarung tangan yang dilengkapi magnet dan velcro ini berfungsi untuk menarik semua jarum peniti, jarum jahit tangan serta bahan menjahit lain yang diperbuat daripada besi seperti skru jarum serta cangkuk dan mata dengan selamat tanpa perlu risau tercucuk jarum di jari dan menarik habuk serta lebihan benang pada mesin jahit . Penggunaan fabrik jeans yang tahan lasak dan tebal memberi perlindungan kepada tangan semasa melakukan kerja pembersihan di kawasan kerja masing-masing tanpa kecederaan. Di samping itu, tiada lagi masalah jarum peniti dan bahan menjahit besi yang kecil yang terbuang kerana pelajar akan menarik bahan-bahan tersebut menggunakan magnet sebelum sampah yang disapu dibuang ke dalam tong sampah.