SS1484: FACEMIST BT MELISYA

NUR QISTINA SYASYA BINTI MOHD KHAIRI Kolej Vokasional (ERT) Azizah

Menjaga kecantikan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia terutamanya wanita tidak kira usia. Semua dikalangan wanita pasti menginginkan kulit wajah yang berseri dan sihat menjadi impian semua wanita di dunia ini. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis produk yang mampu mencapai keinginan seorang wanita, akan tetapi terdapat masalah yang sukar dielakkan. Contohnya kulit yang kering, berjerawat, kulit kemerahan dan kulit yang mempunyai biji-biji halus. Oleh itu, wujudnya produk face mist dari daun chrysanthemum yang mampu merawat segala permasalahan yang ditujukan, dengan adanya produk daripada daun chrysanthemum yang mampu mengurangkan keradangan dari jerawat atau biji-biji halus dan dapat melembapkan kulit wajah menjadi tampak lebih berseri dan segar. Pada masa yang sama, produk ini mempunyai bahan tambahan iaitu essential oil (rose) untuk ditambah sebagai wangian menyebabkan produk ini akan lebih disukai oleh pengguna. Bukan itu sahaja, dengan adanya bau yang menyenangkan produk ini dapat membantu pengguna yang memakainya dengan berasa tenang. Disamping itu, sasaran pengguna bagi produk ini ialah terutamanya pelajar sekolah dan individu yang mempunyai kulit wajah yang bermasalah. Ini kerana, kulit wajah pelajar sekolah yang sering kering dan terlalu terdedah dengan cahaya matahari kerana sentiasa melakukan aktiviti di luar kelas yang membolehkan wajah terlalu terdedah dengan udara yang kotor. Produk ini juga selamat digunakan kerana produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi. Semoga produk ini dapat membantu pelajar dan individu untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan berseri.