WONG YU XUAN SMK DATO' HAJI HASSAN YUNOS
Projek ini membangunkan sebuah model pendidikan bertajuk “JANTUNGKU”, yang mensimulasikan fungsi jantung manusia dengan menggunakan sistem hidraulik untuk menunjukkan proses pengepaman darah. Model ini direka khas sebagai alat bantu mengajar bagi pelajar dalam bidang Biologi, bagi memudahkan pemahaman terhadap struktur dan fungsi utama jantung. Sistem ini menggunakan pam tangan atau pam kaki, tiub lutsinar, dan bendalir berwarna bagi meniru peredaran darah melalui ruang jantung (atrium dan ventrikel) serta salur darah utama. Apabila pam diaktifkan, bendalir dipam secara berirama menyerupai denyutan jantung sebenar, sekaligus menunjukkan arah aliran darah, fungsi injap, dan tekanan jantung semasa pengecutan dan pengenduran otot. Model ini memberikan pengalaman pembelajaran secara visual dan kinestetik, sekaligus membantu pelajar memahami konsep sistem peredaran darah dengan lebih mendalam. Projek ini menyokong pendekatan pembelajaran STEM dan meningkatkan minat pelajar terhadap fisiologi manusia.