MUHAMMAD NUR ISLAM BIN MOHD RIDZUAN SK BAGAN SERAI
Peningkatan sisa organik daripada peniaga makanan ringan berasaskan pisang, seperti goreng pisang dan banana cheese, mencetuskan cabaran kelestarian yang sering diabaikan dalam pendidikan arus perdana. Kebanyakan produk briket di pasaran dihasilkan secara industri, kurang lestari, tidak beraroma dan sukar diakses oleh murid sekolah rendah. Kajian ini bertujuan membangunkan BRILEAF, iaitu briket aromatik mesra alam yang boleh dihasilkan sendiri oleh murid menggunakan kulit pisang dan bahan semula jadi. Reka bentuk kajian pra-eksperimen digunakan dengan dua batch diuji melalui aktiviti eksperimen, pemerhatian dan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa briket menggunakan kanji ubi yang dimasak dan dikeringkan sepenuhnya mampu menyala dengan stabil. Sumbangan teori kajian ini menunjukkan bahawa konsep sains seperti pembakaran dan tenaga dapat diterapkan melalui aktiviti mudah yang bersesuaian dengan murid sekolah rendah. Secara praktikal, ia memberi model pendidikan lestari yang murah, mudah dilaksanakan dan menyokong SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab.
Kata kunci : kitar semula, briket, pembakaran, pemikiran saintifik, kelestarian alam