YS913: Hibiscus Rosa Soap

Anisa Sofiya Binti Azizi Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 27 times | LS: 27.0
Like it? | Support them now!

Hibiscus-rosa soap adalah inovasi mesra alam yang bertujuan sebagai rawatan semula jadi untuk pelbagai masalah kesihatan. Produk ini merupakan alternatif yang diperbuat daripada sabun ketul, yang dihasilkan terutamanya daripada bunga raya putih, lemak atau minyak, serta alkali kuat seperti natrium hidroksida. Bahan tambahan seperti pewangi juga turut dimasukkan. Bunga raya putih, walaupun berasal dari keluarga yang sama dengan bunga raya merah, tidak diiktiraf sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Sabun ini boleh digunakan semasa rutin penjagaan kulit harian, selepas berpeluh, sebelum tidur dan rawatan khas.

Kelebihan utama sabun hibiscus-rosa ini digunakan untuk membantu memperbaiki kesihatan kulit, meredakan demam panas, menggalakkan pertumbuhan rambut, serta memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang lain. Selain itu, sabun ini mempunyai haruman yang menyenangkan, menjadikan penggunanya sentiasa berbau wangi.

Terdapat banyak kelebihan hibiscus-rosa soap ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangannya iaitu penggunaan bahan alkali yang kuat menyebabkan kulit sensitif berasa kering atau iritasi. Selain itu, sabun mungkin terdedah kepada kehilangan khasiatnya jika tidak disimpan dalam keadaan yang betul atau dibiarkan terdedah kepada suhu tinggi dan kelembapan.

Inovasi ini diharapkan dapat menjadi penyelesaian efektif dalam usaha global untuk meningkatkan kesihatan kulit dan rambut secara semula jadi. Melalui kempen pendidikan dan peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan produk penjagaan diri yang lebih mesra alam, sabun Hibiscus rosa mempunyai potensi untuk menjadi produk yang lebih umum digunakan pada masa hadapan. Dengan manfaatnya yang pelbagai, dari merawat masalah kulit hingga merangsang pertumbuhan rambut, sabun ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian semula jadi tetapi juga mendukung usaha global untuk memilih produk yang lebih berkelanjutan dan tidak berbahaya kepada alam sekitar.