PR1130: Designer Magic Croquis

NUR HAYATI BINTI KHALID KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 106 times | LS: 106.0
Like it? | Support them now!

Designer Magic Croquis dicetuskan melalui idea untuk menyelesaikan permasalahan melukis figura dengan pelbagai posisi kepala, badan, tangan dan kaki. Ianya merupakan satu inovasi dalam menambah baik amalan proses pembelajaran pelajar dan pensyarah melalui ciptaan bahan-bahan yang sering diguna pakai dalam bengkel Seni Reka Fesyen seperti lakaran croquis, mesin fotostat, kertas laminate dan eyelet. Designer Magic Croquis menggunakan bahan asal croquis yang sering diguna pakai di dalam kelas untuk melukis lakaran figura berpakaian. Ia menjadi alat bantu melukis dengan menekap reka bentuk luar badan manusia dengan skala yang betul sebelum memasukkan pakaian yang direka.