JS2056: LISTY

SYAHRAIQAL BIN SYAHENAZ SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0833 | 1 Likes | 12 Views | 14 times | LS: 15.1
Like it? | Support them now!

Antara permasalahan yang timbul yang membawa kepada 
pembangunan aplikasi LISTY ialah ramai pengguna sering terlupa untuk membeli barangan tertentu kerana tidak mempunyai senarai yang sistematik, ketiadaan perancangan menyebabkan pengguna mudah terpengaruh untuk membeli barangan yang tidak diperlukan, sekali gus menyebabkan pembaziran dan tanpa senarai yang teratur, pengguna mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan semasa membeli, yang boleh mengganggu urusan harian lain. Aplikasi ini  bertujuan untuk membantu pengguna merancang dan mengurus aktiviti membeli-belah secara lebih teratur, sistematik dan efisien.  
 
Aplikasi LISTY ini dibangunkan menggunakan Platform MIT App 
Inventor. Platform ini menggunakan pendekatan pengaturcaraan 
berasaskan blok (block-based programming), di mana pengguna hanya perlu menyusun blok fungsi secara visual tanpa perlu menulis kod secara manual.  Aplikasi ini mempunyai 4 skrin utama iaitu Main Menu, List to Buy, senarai kedai, dan paparan gambar barangan, pengguna dapat menyusun pembelian mengikut keperluan serta lokasi pembelian dengan lebih mudah.