SITI NOOR AIDA BT AHMAD KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
Projek ini bertajuk "Multifunction Thread Jig", yang direka untuk meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam proses hand tapping dalam industri pemesinan. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengurangkan ralat manusia, meningkatkan keselamatan pekerja, dan mempercepatkan proses pemotongan benang (threading). Reka bentuk jig ini mempunyai dua fungsi iaitu boleh melakukan proses ulir dalam dan ulir luar. Selain itu, dengan reka bentuk yang ergonomik membolehkan pengguna mengendalikan jig ini dengan lebih mudah dan selesa. Melalui kajian dan ujian yang dijalankan, Multifunction Thread Jig terbukti dapat mengurangkan masa kerja berbanding kaedah konvensional, di samping meningkatkan ketepatan dan mengurangkan kadar kecacatan produk. Projek ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pelajar Kolej Vokasional Butterworth dengan menawarkan penyelesaian yang lebih efisien dan sistematik dalam proses menghasilkan ulir.