JS897: KIT KRISPY DOBILAN : PENGUASAAN PENJODOH BILANGAN MELALUI PAPAN PERMAINAN BERBENTUK GAMIFIKASI

KISHEINDRAN A/L MAGENDRAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KERUH

Kit Krispy DOBILAN merupakan sebuah inovasi yang dibangunkan bagi membantu murid sekolah rendah meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan. Krispy DOBILAN merupakan singkatan daripada Krispy Penjodoh bilangan yang mengumpulkan penjodoh bilangan dalam bentuk sebuah kotak kek cawam. Kit Krispy DOBILAN merupakan satu intervensi dalam mengatasi masalah penguasaan penjodoh bilangan dalam kalangan murid sekolah rendah. Masalah penguasaan penjodoh bilangan berlaku disebabkan oleh murid sering kali keliru dalam menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai dan kesukaran untuk mengingat contoh bagi setiap jenis penjodoh bilangan. Kit inovasi yang menekankan elemen gamifikasi ini memudahkan murid memahami penjodoh bilangan serta meningkatkan minat murid khususnya murid lemah untuk mempelajari penjodoh bilangan. Seramai 15 orang murid Tahun 3 dan Tahun 2 iaitu 5 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Keruh, Pengkalan Hulu, Perak terlibat sebagai responden kajian. Kit inovasi ini berbentuk kek cawam yang dilengkapi dengan kad bergambar bersama perkataan serta empat papan permainan yang diinspirasi daripada permainan popular iaitu Monopoly. Permainan ini mengandungi pelbagai soalan penjodoh bilangan berdasarkan empat aras domain pemikiran kognitif Taksonomi Bloom iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi dan menganalisis. Konsep kek cawan digunakan bagi membantu murid mengingati jenis penjodoh bilangan dengan mudah dan meningkatkan iinteraktiviti murid dalam PdP. Kit inovasi ini dihasilkan dengan menekankan kecerdasan pelbagai yang membantu murid menguasai penjodoh bilangan mengikut gaya pembelajarannya. Keberkesanan kit inovasi ini dinilai secara kuantitatif berdasarkan peningkatan markah murid dalam ujian pra dan pasca. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan markah murid dalam ujian pasca setelah menggunakan kit inovasi penjodoh bilangan. Pembangunan kit inovasi ini berupaya meningkatkan penguasaan penjodoh bilangan murid sekolah rendah.