MUHAMMAD HAZIQ HILMAN BIN SHAHAIZOL SK SERI SAMUDERA
Simple Method Percentage Box (SMP Box) adalah satu alat yang digunakan sebagai satu kaedah pantas untuk mencari nilai peratusan bagi sesuatu kuantiti yang diberi. Ciri-ciri alat ini adalah ringkas, menarik, murah, tidak mudah rosak dan boleh digunakan berulang kali. Alat ini digunakan untuk menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun bermain bersama kawan-kawan. Alat inovasi ini dapat menarik minat murid untuk belajar dan murid seronok untuk belajar. Bahan pembelajaran ini boleh disediakan dengan mudah tanpa memerlukan masa yang lama. Kosnya juga sangat murah kerana banyak menggunakan bahan-bahan kitar semula. Rakan-rakan lain juga boleh mencipta sendiri SMP Box ini.