JS1736: FUNCTIONAL PENCIL CASE

ASYFA MIA ZAHRAA' BINTI SHAMSUL NIZAM SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG TAMAN MERU,IPOH

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 19 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan bagi mereka bentuk dan menilai keberkesanan bekas pensel berfungsi yang inovatif dan praktikal untuk kegunaan harian pelajar. Objektif utama adalah untuk menghasilkan bekas pensel yang bukan sahaja mampu menyimpan pelbagai jenis alat tulis, tetapi juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti ruang tersusun, bahan tahan lasak, dan reka bentuk ergonomik. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk mesra pengguna, termasuk soal selidik dan sesi maklum balas daripada pelajar sekolah rendah secara lisan sebagai responden utama. Prototaip telah dibangunkan berdasarkan keperluan dan cadangan pengguna. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pengguna berpuas hati dengan fungsi tambahan seperti ruang khas untuk pemadam, pembaris,marker pen  dan penanda buku. Reka bentuk modular juga memudahkan penyusunan dan menjimatkan ruang dalam beg. Kesimpulannya, bekas pensel berfungsi ini berpotensi untuk meningkatkan kecekapan pelajar dalam mengurus alat tulis serta menyumbang kepada pengalaman pembelajaran yang lebih teratur dan selesa.Dalam masa yang sama segala barang terutamanya alat tulis akan senang dicapai sekiranya semuanya diletakkan pada funtional pensil case ini.Terima kasih.