Mohd Ariz Elman Bin Mohd Asni SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Air boleh dijadikan sebagai sumber minuman, mencuci, perhiasan, terapi dan lain-lain. Air penting kepada manusia dan kesihatan. Dengan demikian, minuman bersih, badan dan minda sihat perlu diberi perhatian. Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk produk yang mampu memberi manfaat kepada pengguna minimalis dan kesedaran kesihatan (health concious). Bahan-bahan dan perkakas : Balang kosong lut sinar, botol minuman kosong, bungkah 'Polistyrene Foam', dulang, besen, kepala paip (Injap wain atau keran dispenser air), lampu LED berwarna-warni kalis air atau lampu menyelam, pam air mini (Mini submersible water pump), 'mini hot melt glue gun', 'electric soldering', hos air lutsinar PVC, kapas, tisu lap serbaguna, span, arang, pasir, batu kasar, kerikil. Keunikan produk : Ia bukan saja sesuai diletakkan pada sudut ruang peribadi yang kecil tetapi mampu juga membantu menyediakan bekalan air bersih dan segar untuk kegunaan harian serta mampu berfungsi sebagai terapi minda yang dapat 'healing' dan memberi ketenangan. Produk ini adalah gabungan dua jenis model berteknologi ringkas dan efisien. Reka bentuk produk ini sangat mudah dihasilkan kerana bahan yang digunakan mudah didapati. Kesimpulan : Produk dua dalam satu yang menggabungkan Penapis Air Serbaguna (Filtered Water Dispenser) dan Air Terjun Minimalis (Minimalist Water Fountain) tidak mustahil dikomersialkan kepada masyarakat khususnya pemilik rumah kediaman, cafe, restoran, warga sekolah, pejabat-pejabat, taman-taman rekreasi, tapak semaian (nursery) dan sebagainya. Ia mempunyai fungsi dan faedah berguna serta mampu milik.