MUHAMMAD AFIQ ANIQ BIN RAHIM SMK SUNGAI LAYAR
Struktur dalaman tumbuhan iaitu akar, batang dan daun ialah bahagian tumbuhan yang sangat penting dalam proses uatama fisiologi tumbuhan. Dengan Pendekatan Project Based Learning (PBL) memberi tumpuan kepada pembelajaran aktif yang berasaskan pengalaman dan penyelesaian masalah sebenar. Dalam konteks mata pelajaran Pertanian Tingkatan 5, PBL digunakan untuk membantu pelajar memahami struktur dalaman tumbuhan, iaitu akar, batang, dan daun, serta peranan penting setiap bahagian dalam pertumbuhan dan pembiakan tumbuhan. Pelajar telah mengkaji secara mendalam struktur dan fungsi setiap bahagian tumbuhan ini melalui aktiviti praktikal, pemerhatian, dan eksperimen. Akar berfungsi untuk menyerap air dan nutrien dari tanah. Batang menyokong tumbuhan dan mengangkut air serta bahan makanan. Manakala daun bertanggungjawab dalam proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan bagi tumbuhan. Melalui PBL, pelajar bekerja dalam kumpulan untuk melaksanakan kajian lapangan dan eksperimen di makmal, serta membentangkan hasil kajian mereka. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep asas dalam pertanian, tetapi juga memperkasa kemahiran penyelidikan, kerjasama, dan komunikasi mereka dalam bidang pertanian.