JS951: KIT I-MAGIC WRITE

TEJASWINI A/P DORAIRAJU SJK(T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI

Kit i-Magic Write adalah untuk meningkatkan pencapaian kemahiran menulis bahasa Tamil murid tahun 4 dengan menggunakan kit “i-Magic Write”. Dalam kajian ini, seramai empat orang murid dari tahun empat didapati tidak dapat menulis dengan kemas, teratur dan menggunakan cara penjarakkan serta saiz yang betul. Masalah dalam kemahiran menulis wujud akibat kekurangan alat bantu mengajar yang memfokuskan kemahiran menulis. Murid-murid juga kekurangan motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang berperanan penting dalam meningkatkan kualiti penulisan. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, ujian dan analisis teks. Inovasi ini diinspirasikan daripada Teori Proses Menulis yang dikembangkan oleh Flower dan Hayes mengidentifikasi beberapa tahap utama dalam proses menulis. Hasil kajian dapat dibuktikan bahawa objektif tercapai dan murid-murid tahun 4 bermotivasi tinggi untuk membuat latihan menggunakan kemahiran menulis.