YS1070: I.T.A PROJECT

Fatimah Khairan Kaseh Binti Afzanizam@Mohd Silmy SMK SANDAKAN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.1111 | 1 Likes | 9 Views | 24 times | LS: 25.1
Like it? | Support them now!

Income Tax Acting Project aka I.T.A PROJECT merangkumi lakonan tentang topik cukai
pendapatan yang termaktub dalam silibus Tingkatan 5, Bab 4 ; Percukaian. I.T.A Project ini
bertujuan untuk menerangkan hal ehwal cukai pendapatan dengan mengaplikasikannya di
bawah kaedah lakonan. Guru-guru Tingkatan 5 menghadapi kerumitan dalam memberi tunjuk
ajar kepada pelajar Tingkatan 5 mengenai topik cukai pendapatan ini. Hal ini juga menyebabkan
pelajar Tingkatan 5 kurang pemahaman dalam mempelajari topik tersebut, justeru
menimbulkan komplikasi dalam menjawab soalan ujian mahupun peperiksaan berkaitan topik
cukai pendapatan. Oleh itu, I.T.A Project dilaksanakan demi memudahkan guru-guru untuk
mengajar topik tersebut sekaligus membantu murid-murid Tingkatan 5 memahami topik cukai
pendapatan ini melalu lakonan singkat yang juga mengandungi paparan ringkas yang mudah
difahami. Guru matematik yang menggunakan video lakonan ini ketika memberi penerangan
tentang cukai pendapatan kepada murid-murid Tingkatan 5 mendapati bahawa I.T.A Project
telah memudahkan dan menjimatkan masa sesi pembelajaran tentang topik tersebut. Murid-
murid beliau juga dapat memahami topik cukai pendapatan dengan lebih mudah melalui kaedah
aplikasi dalam lakonan yang didemonstrasikan dalam I.T.A.