LOGENTHIRAN A/L KUNALAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
IMBUHKOKA merupakan satu laman Google Site yang khas direka untuk pembelajaran kosa kata mudah bagi murid Tahun 1. IMBUH merupakan singkatan daripada Realiti Terimbuh manakala KOKA ialah singkatan kepada Kosa Kata. Laman ini memfokuskan pengajaran dan pembelajaran kosa kata mudah melalui realiti terimbuh (Augmented Reality). Terdapat dua set bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam laman ini. Kedua-dua set ini terdiri daripada tiga aktiviti iaitu Jom Teroka Kad AR, Kuiz Wordwall dan Kamus Suku Kata (KASUKA). Penggunaan alat digital dalam laman ini membantu murid memahami kosa kata mudah yang dipelajari. Penggunaan realiti terimbuh membantu murid mengingati kosa kata mudah untuk jangka masa yang panjang kerana murid berasa seronok semasa proses pembelajaran. Keseluruhan inovasi IMBUHKOKA menyokong pembelajaran bermakna dengan mengintegrasikan teknologi dan kreativiti, menjadikannya alat bantu mengajar yang efektif untuk guru serta pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid.