NUR KHAYRA ARISSA BINTI NAZAMUDDIN SMK SUNGAI LAYAR
Projek Strawberry Cake Soap merupakan satu inovasi produk sabun yang bertujuan menghasilkan sabun yang selamat, mesra kulit, dan menggunakan bahan semula jadi, sambil memberi peluang kepada pelajar memupuk kreativiti dan kemahiran hands-on dalam penghasilan produk inovatif. Kaedah penghasilan melibatkan pencairan base sabun, penambahan pewarna dan pewangi semula jadi, serta pembentukan dalam acuan kek mini sebelum disejukkan sehingga keras. Projek ini bukan sahaja menyeronokkan untuk dibuat, tetapi juga berpotensi dijadikan produk jualan pelajar, sejajar dengan prinsip keusahawanan dan pembangunan ekonomi kreatif. Selain itu, projek ini selaras dengan beberapa Sustainable Development Goals (SDG) seperti kesihatan dan kesejahteraan yang baik (SDG 3), pendidikan berkualiti (SDG 4), pekerjaan layak dan pertumbuhan ekonomi (SDG 8), serta penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab (SDG 12). Inovasi ini menggabungkan kreativiti, pendidikan, dan kesedaran terhadap kesihatan kulit, menjadikannya projek yang relevan dan berimpak tinggi.