SS1110: PESTICIDES ORGANIC VASE (POV)

AFFEEFFA KEYSHA BINTI ABDUL KARIM KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Produk inovasi yang dihasilkan adalah bersifat organik dan mempunyai pelbagai ini fungsi diberi nama “Pesticides Organic Vase” (POV). Penghasilan produk ini adalah untuk mengitar semula bahan sisa buangan harian di samping menggabungkan penggunaan bahan semulajadi yang sedia ada dipersekitaran seperti daun pandan, daun nenas, daun pudina, tray telur kertas, hampas teh dan kulit telur. Kelebihan utama penggunaan produk inovasi ini adalah meningkatkan untuk percambahan anak pokok dan juga dapat membantu mengurangkan serangan serangga perosak tumbuhan dengan menggunakan sebatian organik. Produk ini berbeza dengan produk komersial yang lain kerana ia mesra alam dan 100% menggunakan bahan dari sisa yang terpakai. Sifat pasu POV ini juga boleh terurai secara semula jadi dari semasa ke semasa (terbiodegradasi). Aroma daripada daun pandan, daun pudina, hampas teh dan kulit telur mampu menghalau serangga yang berterbangan yang boleh merosakkan anak pokok yang ditanam. Selain itu, penguraian pasu yang berlaku secara semulajadi boleh memberi khasiat kepada anak pokok. Bahan organik yang ada didalam pasu juga mampu membekalkan zat pemakanan kepada anak pokok kerana bahan organik yang ada seperti kulit telur dan hampas teh mampu menjadi baja kompos yang mengandungi kandungan nitrogen membantu menyuburkan penanaman anak pokok. Selain itu juga kebaikan penggunaan hampas teh ini juga membasmi hama berupa serangga yang mengacau tanaman. Bukan hanya serangga, melainkan tikus juga tidak suka bau daun teh sehingga membuat tanaman terhindar dari hama dan bisa tumbuh dengan subur. Pasu organik penghalau serangga terbiodegradasi ini berpotensi untuk menggantikan polibeg plastik kerana anak pokok yang ditanam di dalam pasu ini boleh ditanam secara terus di dalam tanah tanpa perlu mengoyak dan membuang plastik polibeg tersebut. Kos penghasilan yang murah, rupabentuk yang m dan bahan penghasilan yang mudah didapatkan menjadikan ianya produk mudah dikomersialkan.