YS937: TRIPLE S

ADAM MUKHRIZ BIN ABDULLAH SMK TUN TIJAH

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 28 times | LS: 28.0
Like it? | Support them now!

Safety Smart System (Triple S) merupakan sistem amaran yang direka khas untuk menjamin keselamatan penumpang yang tertidur atau ditinggalkan di dalam kenderaan. Sistem ini amat berguna kerana dapat menyelamatkan nyawa manusia akibat terhidu karbon monoksida secara berlebihan atau ditinggalkan secara tidak sengaja. Sistem ini diprogramkan khas 3 dalam 1, iaitu menghantar pesanan ringkas atau SMS kepada pemilik kenderaan atau nombor yang didaftarkan dan mengeluarkan bunyi sekiranya terdapat pergerakan dan peningkatan karbon monoksida. Sekiranya enjin kenderaan masih dihidupkan, Triple S yang mengesan kehadiran gas karbon monoksida akan berbunyi untuk memberi amaran kepada penumpang dan menghantar SMS kepada nombor yang didaftarkan. Manakala untuk enjin kenderaan yang telah dimatikan, Triple S akan berbunyi apabila mengesan kehadiran gas karbon monoksida dan pergerakan di dalam kenderaan seterusnya menghantar SMS kepada nombor yang didaftarkan. Triple S, sangat compact, ringan dan mudah dipasang (plug and play) mengikut kesesuaian persekitaran dan tempat, tidak membebankan dan lebih bernilai komersial. Triple S diubahsuai menggunakan built-in battery, supaya lebih mudah dan mesra pengguna. Ianya boleh dicas menggunakan battery power bank atau disambungkan wayar USB pada kenderaan.