YS938: CMCC

ANI NADIAH BT MUSTAFFA SMK TUN TIJAH

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 62 times | LS: 62.0
Like it? | Support them now!

Inovasi yang dihasilkan adalah Compact Motor Control Circuit (CMCC) iaitu simulasi asas pendawaian litar kawalan motor satu fasa yang menggunakan voltan yang rendah. CMCC direka khas sebagai kit pemudah cara kepada guru dan murid dan juga cara pembelajaran baharu yang lebih kondusif kepada murid bersubjek kemahiran untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman tanpa sebarang tekanan dalam mempraktikkan amali untuk membuat litar kawalan motor satu fasa secara mara (forward), songsang (reverse) dan mara songsang (forward reverse). CMCC merupakan teknik cara penyampaian baharu yang bukan hanya digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah boleh dijadikan sebagai kit papan litar kawalan motor yang boleh dibawa balik dan murid boleh mempraktikkan amali sendiri ketika pengajaran dan pembelajaran di rumah atau cuti sakit yang lama (MC). Rekaan CMCC yang sangat compact, ringan dan mudah dipasang (plug and play) mengikut kesesuaian persekitaran dan tempat, tidak membebankan dan lebih bernilai komersial. CMCC diubahsuai supaya lebih mudah dan mesra pengguna menggunakan battery power bank ataupun soket elektrik untuk menghidupkannya. CMCC juga selamat digunakan tanpa pengawasan guru atau ibu bapa kerana boleh menggunakan battery power bank dan hanya memerlukan kadaran arus yang rendah untuk beroperasi.