SS1527: Sistem Pengurusan Jualan

KHAIRONNISA BT RAZAK KOLEJ POLY-TECH MARA ALOR SETAR

Sistem Pengurusan Jualan (SPJ) adalah sebuah sistem yang dibangunkan menggunakan Microsoft Excel untuk membantu pengurusan jualan. Ia direka khas untuk aktiviti perniagaan kecil-kecilan tanpa mengira jenis perniagaan, sama ada produk barangan makanan dan/atau minuman, serta sama ada dilakukan di kedai-kedai atau di rumah. Contoh perniagaan kecil-kecilan termasuk Koperasi KPTM Alor Setar, yang sebelum ini merekod maklumat jualan dalam buku rekod jualan, yang sukar untuk melaporkan untung rugi serta pendapatan harian, bulanan, dan tahunan. SPJ juga direka khusus bagi peniaga yang tidak mampu membeli sistem dan peralatan jualan yang mahal seperti sistem pengkalan data dan alat pengimbas. Sistem ini berfungsi tanpa talian internet, mudah dipelajari, dan sangat membantu peniaga kecil.