PR1367: MYDIG 3.0

MOHD HARIS BIN HARUN SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 156 times | LS: 156.0
Like it? | Support them now!

Hasil daripada temubual, soal selidik dan analisis didapati sebahagian pelajar lemah dalam asas pengiraan sama ada menambah atau menolak nombor terutamanya yang melibatkan nombor pecahan. Pelajar kurang berminat dengan kaedah PdPc Matematik yang hanya membuat latihan dan guru menulis di papan putih. Masalah ini mencetuskan idea kepada saya untuk mencipta satu permainan baharu yang dinamakan MyDiG. Kali ini saya menambahbaik MyDiG 2.0 menjadi MyDiG 3.0. Penambahbaikan yang dilakukan ialah dari segi konsep dan peraturan permainan dalam menentukan pemenang dengan memperkenalkan wang MyDiG. Papan Utama juga ditambahbaik supaya pemain dapat meningkatkan penguasaan simbol ‘<’ dan ‘>’. Plat emas X yang boleh diubah nilainya diperkenalkan bagi meningkatkan penguasaan algebra dikalangan pelajar. Berkonsepkan ‘Fun Learning’ yang mampu menarik minat pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan nombor pecahan, perpuluhan dan nombor bercampur. Berlaku komunikasi pelajar dengan bahan, pelajar dengan pelajar dan bahan dengan bahan dalam permainan ini. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif, meningkatkan kemahiran komunikasi murid, menyerlahkan lagi kemahiran berfikir secara kritikal dan kreativiti mereka serta menerapkan nilai-nilai seperti tekun, jujur dan tidak mudah berputus asa (4K,1N). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahap penguasaan enam (TP6) dapat dinilai bagi pelajar yang pandai yang membimbing pelajar yang lemah semasa bermain MyDiG. Murid akan terlibat secara langsung dalam aktiviti berkumpulan dan perbincangan serta menggalakkan komunikasi pelbagai hala. Setiap set MyDiG 3.0 ini terdiri daripada satu papan permainan, 38 keping plat emas yang tercatat pelbagai jenis nombor dan wang kertas RM50, RM100 serta RM200. Kumpulan sasaran utama adalah semua pelajar tingkatan satu yang menjalani PBD bagi bab Nombor Nisbah. Sasaran juga kepada murid tahap dua sekolah rendah untuk meningkatkan pemahaman mengenai konsep nombor nisbah.