YS312: SEBOTOL CAHAYA

THARSHAN SAI SHRE A/L SHANMUGANATHAN SMK SERI SENTOSA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.1593 | 355 Likes | 2228 Views | 128 times | LS: 539.5
Like it? | Support them now!

TAJUK: SEBOTOL CAHAYA ABSTRAK Projek ini bertujuan untuk membantu golongan miskin yang tiada bekalan eletrik iaitu mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Projek ini juga adalah tentang menggunakan cahaya tanpa penggunaan elektrik dan projek ini menggunakan kos yang sangat rendah. Berdasarkan hasil projek ini didapati, projek ini mempunyai fungsi yang pelbagai contohnya seperti boleh mendapatkan cahaya tanpa menggunakan bekalan elektrik dan boleh digunakan di mana sahaja pada waktu siang. Selain itu, kosnya sangat rendah dan boleh di bawa ke mana sahaja. Tambahan lagi, yang lebih penting melalui sebotol cahaya ini boleh melindungi bumi melalui konsep 3R dan boleh menyokong kempen ‘go green’. Diharapkan melalui projek ini , akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada golongan miskin yang tinggal di luar bandar selain dapat menjimatkan eletrik sekaligus memeliharan dan memulihara alam sekitar. Selain itu, diharapkan agar projek ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan untuk projek yang akan datang.