YS2417: JOUKPINN

SITI NURMAISARAH AMNI BT MOHAMAD AMRI SM SAINS PASIR PUTEH

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 10 times | LS: 10.0
Like it? | Support them now!

Kemahiran bercakap adalah aspek penting dalam pendidikan, namun ramai pelajar menghadapi cabaran dalam menguasainya. Hal ini mengurangkan keberkesanan komunikasi dan pencapaian akademik mereka Bertitik tolak daripada itu, kajian mendapati bahawa majoriti murid memandang enteng dan remeh terhadap matapelajaran bahasa melayu terutamanya dalam bidang tatabahasa khususnya, penggunaan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah. Topik ini merupakan antara topik yang paling sukar dikuasai murid kerana kurangnya aplikasi praktikal dalam kehidupan harian murid. Oleh itu, "JOUKPINN" telah dihasilkan. "JOUKPINN" diadaptasikan daripada permainan ludo yang boleh dimainkan seramai empat orang. Kajian tindakan ini menyasarkan murid kelas 3 Hajar iaitu seramai 27 orang untuk meningkatkan penguasaan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah. Reka bentuk kajian tindakan ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini dilaksanakan selama dua bulan merangkumi ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual Secara keseluruhan, penggunaan "JOUKPINN" telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pemahaman dan penguasaan serta minat murid terhadap topik ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.

KATA KUNCI: JOUKPINN, permainan ludo, penguasaan ayat cakap ajuk dan pindah, ujian pra dan pasca