YS1295: PORTABLE MINI HOCKEY GAME

SARAVANAN A/L SATHIYA SEELAN SMK RAJA JUMAAT

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 15 Views | 34 times | LS: 34.0
Like it? | Support them now!

Inovasi kumpulan kami ialah portable mini hockey game. Ia merupakan satu permainan mini hoki yang diadaptasi dari permainan hoki sedia ada. Kami terdetik utk buat permainan mini hoki ini kerana permainan ini mudah diakses dan boleh dimain dengan ahli keluarga mahupun kawan-kawan pada bila-bila serta dimana-mana sahaja. Ia tidak memerlukan ruang besar atau peralatan mahal. Alat ini dapat meningkatkan daya tumpuan dan koordinasi, sesuai untuk pelajar dalam melatih murid untuk permainan hoki. Penghasilan permainan ini hanya memerlukan kos yang rendah (rm30) kerana kebanyakan bahan yang digunakan dalam penghasilan permainan mini hoki merupakan bahan kitar semula seperti kotak dan karpet rumput, gam pistol, self-locking nylon tie, paip pvc,sembur cat hitam dan jaring bola sepak. Cara penghasilannya ialah membentuk sebuah gelanggang hoki kecil  dengan menggunakan sekeping kotak sebagai asas. Kemudian, dinding di sekeliling gelanggang telah ditambah untuk memastikan ‘puck’ tidak keluar dari kawasan permainan. Kayu hoki pula disediakan dengan memotong kepingan kotak yang nipis dan dibentuk seperti kayu hoki sebenar manakala ‘puck’ kecil telah dibuat daripada lapisan kotak supaya ia cukup kuat untuk meluncur. Seterusnya, pen penanda telah digunakan untuk melukis garisan dan menghias gelanggang seperti padang hoki yang sebenar. Seterusnya, dua buah kecil di kedua-dua hujung dibuat dengan menggunakan kotak yang dilipat. Cara bermain ialah sama seperti permainan hoki tetapi hanya melibatkan 2 orang pemain, dimulakan dengan penalti jaringan gol dan menang gelecek hoki. Kelebihan inovasi ini ialah dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula, mudah dibawa dan mudah untuk dibuat (DIY).